Untitled Document
INFO KORPORAT

Pengenalan

Corpora Corporation Sdn. Bhd (CCSB)
telah ditubuhkan pada 1 November 2006, dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera dan bergiat aktif dalam pengeluaran produk-produk kesihatan berasaskan herba dengan bioteknologi.

Corpora Corporation Sdn. Bhd. memulakan perniagaannya dengan mengeluarkan kapsul herba yang dinamakan Corpora Bioactive untuk kegunaan kaum lelaki dan wanita dan diikuti dengan minuman Pra Campuran 7 dalam 1 yang dinamakan Kopi Sawda. Dengan modal berbayar RM 100,000.00, syarikat ini mensasarkan untuk menambah beberapa produk pada masa hadapan yang masih menekankan konsep kesihatan untuk pasaran dalam dan luar negara disamping dapat membantu menambahkan pendapatan masyarakat Malaysia.

Misi

Bercita-cita membina wawasan dalam memperluaskan pasaran produk syarikat secara global bukan sahaja di seluruh Malaysia malah menembusi pasaran antarabangsa.

Mengkomersilkan rangkaian produk berasaskan Habbatus Sawda yang berteraskan minuman dan kapsul kesihatan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.


Visi

Berusaha membawa , membimbing dan bekerjasama dengan para usahawan untuk berganding bahu dalam meneroka perniagaan Islam dalam konteks Fardu Kifayah, starategi dan komersil. Mewujudkan satu bidang perniagaan baru yang dapat memberikan sumber pendapatan dan kerjaya yang berpotensi bagi mereka yang berminat untuk melibatkan diri


Assalamulaikum W.B.T,
Anda yang dirahmati Allah,
Perniagaan adalah landasan yang dapat membina kekuatan rohani dan jasmani manusia kearah menjadikan kehidupan yang terancang dan terpimpin. Oleh sebab itu, Rasullullah S.A.W menyatakan bahawa 9/10 rezeki manusia terkandung dalam bidang perniagaan.
Misi kami di Corpora Corporation Sdn Bhd adalah untuk mewujudkan lebih ramai usahawan Bumiputera Islam di negara ini dan membawa anda bersama-sama berganding bahu didalam memasarkan produk keluaran syarikat Corpora Corporation agar dapat membantu masyarakat meningkatkan kesihatan melalui minuman dan kapsul berasaskan Habbatus Sawda’.
Untuk memenuhi kualiti produk, semua produk kami diproses di kilang yang bertaraf “Good Manufacturing Practise” (GMP) dan mendapat pengiktirafan ISO 9001. Kami mengalu-alukan anda semua untuk menerokai dan menyusun strategi dalam usaha mencapai matlamat bersama.
Oleh itu, kami warga Corpora Corporation Sdn Bhd berharap anda dapat bersama-sama kami dalam menjayakan misi ini.
Sekian, wassalam.
MOHD HASHIM BIN NGADIMAN
PENGARAH URUSAN
CORPORA CORPORATION SDN BHD



Pengarah Urusan
MOHD HASHIM BIN NGADIMAN

Pengarah Eksekutif
ABDUL LATIF BIN ADOL

Pengarah Jualan & Pemasaran
ZAKRI BIN ZAINAL

Eksekutif Akaun
RAHIZAH BINTI MOHD

Eksekutif Pentadbiran
ELINA YUSLIA BINTI A’IMIM

Eksekutif Jualan & Perkidmatan
NUR IZLIA BINTI MOHD KHAIR

Pegawai Jualan
AHMAD SYAMILUDDIN INDRA’BIN SHAMSUDIN

CORPORA CORPORATION
SDN. BHD.


Alamat:
No. 1-3-11, Jalan 1/50,
Diamond Square
off Jalan Gombak
53000 Kuala Lumpur


Telefon
03-4023 6560 / 03-4024 6563


Untitled Document